Watak dan Perwatakan Kotetsu_Isane

Isane ialah kakak kepada Kotetsu Kiyone, salah seorang daripada dua pegawai Tempat Ketiga dari Bahagian ke-13. Tidak seperti Kiyone, Isane adalah seorang yang pendiam dan teliti walaupun dia amat taat seperti adik perempuannya. Dia melihat Unohana sebagai mentor dan ibunya.

Rambut pendeknya berwarna perak-keunguan dan dihiasi dengan beberapa rantaian manik. Dia mengenakan pakaian seragam rasmi shinigami. Isane nampaknya mahir menggunakan kidō memandangkan dia boleh mengesan dan memaklumkan semua shinigami bertaraf pegawai dan ryoka (Kurosaki Ichigo dan rakan-rakan) dengan menggunakan tenteikūra berkenaan kedudukan Aizen Sōsuke selepas dia dan Unohana menyedari pembelotan Aizen.

Unohana mengatakan bahawa Isane selalu mengalami mimpi ngeri yang berulangan. Tetapi, mimpi Isane agak pelik dan melucukan. Misalnya, dia pernah bermimpi tentang lempeng ikan.